Tazkirah Malam Ramadhan : Umur Muda, Amalan Tua

August 25, 2011 Leave a comment
Categories: Uncategorized

Ramadhan Kareem

August 1, 2011 Leave a comment

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Hari ini tanggal 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H. Maka bermulalah tuntutan islam yang ke tiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Pada bulan Ramadhan yang mulia inilah kita dituntut untuk melakukan ibadah lebih daripada apa yang kita biasa lakukan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Akhir sekali, selamat berpuasa diucapkan kepada semua pembaca.Moga Ramadhan pada tahun ini akan menjadi Ramadhan yang lebih baik daripada sebelum ini.InsyaAllah.Ramdhan Kareeemm.

 


Categories: Uncategorized

Ihtifal

Tarikh : 5 Julai 2011

Tempat : SAMT. Tengku Ampuan Jemaah, 2011

SAMT. Tengku Ampuan Jemaah telah menjadi tuan rumah bagi acara peringkat negeri ini. Program kerohanian telah diadakan bagi pelajar yang tidak terlibat. Badan Pengawas yang terlibat adalah dari kalangan Tingkatan Lima sahaja. Pada sekitar jam 7.00 pagi, BP yang terlibat telah berkumpul dan bergerak ke kawasan masing-masing untuk melaksanakan tugas. Keadaan agak sibuk sekitar jam 8.00 – 9.00 pagi kerana ketibaan peserta-peserta, para Hakim, serta Guru Pembimbing. Keadaan mula reda apabila acara dimulakan.

Kesimpulannya, BP SAMT. Tengku Ampuan Jemaah ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak  yang terlibat untuk menjayakan program ini. Diharap semua dapat memberi kerjasama pada program yang akan datang. Sekian.

Categories: Uncategorized

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Tarikh : 2 Julai 2011

Tempat : SAMT. Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam

 

Categories: Uncategorized

Selamat Hari Guru..

Categories: artikel

Dia budak sekolah agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh…

June 27, 2011 5 comments
Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.
Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan Read more…
Categories: artikel, tazkirah

Semoga Sukses

Bismillah walhamdulillah,

Nampaknya pengunjung blog BP semakin bertambah, namun kami wakil Blog BP SAMTTAJ memohon maaf diatas keterlewatan dalam mengemaskini blog ini. Dan dikesempatan ini, Blog BP SAMTTAJ ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rakan-rakan yag sedang berjihad di medan peperiksaan. Bagi rakan-rakan yang sedang menunggu waktu, bersedialah dengan penuh kesediaan. Jangan tunggu ‘last minute’ baru nak buat ‘preparation’ ?

Jadikanlah peperiksaan ini sebagai satu wasilah atau perantaraan untuk mengukur sejauh mana kemampuan kita dalam menterjemahkan ilmu yang telah kita pelajari. Mudah-mudahan kita semua berjaya. Semoga sukses … !!! Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Sekian Wassalam

Categories: artikel